Hidup itu indah

Hidup itu indah
Ya Allah,Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Friday 28 February 2014

Ayam Panggang ala Satay

Ayam panggang ala satay
Yummy...yummy..nie la ayat anak-anak saya bila dapat makanan yang sedap.
tak yah nak cite kisah lain la ye...terus nk cite resepi je..
Resepi Ayam Panggang Ala Satay
6 ketul ayam
2 batang serai (serai ni kecik n dah nk kecut...sbb tu letak 2)....1 btg pun cukup kot..
1 ulas bawang putih (taknak bubuh pun takpe)
1 labu bawang besar (saiz sederhana...kalau yg besar tu cukup separuh jer)
Garam secukup rasa
Gula merah sesedap rasa (sesape ATKINERS : guna STEVIA ye)
**nak guna gula biasa pun boleh...tapi kena tambah kunyit la....sbb nati warnanya pucat dan tak menarik..
Baby kailan
Lobak merah/carrot
Bunga kobis
*** rebus carrot dgn bunga kobis dulu...jgn rebus sampai empuk..biar gigit tu masih ada rasa rangup tu.....angkat dan toskan...pastu baru masukkan baby kailan...yang nie pun jgn lama sangat..dlm 2 minit jer...angkat dan masukkan dlm mangkuk yang diisi dgn air+ais...supaya baby kailan tu tak terus masak dgn ada suhu panas yg masih ada dan warnanya kekal hijau dan fresh.....ops! lupa nk gitau...masa rebus tu...masukkan sedikit garam ye dlm air rebusan..
Caranya:

1. Kisarkan semua serai+bawang putih+bawang besar..
2. Gaulkan bersama ayam.
3. Tambahkan garam dan gula merah/STEVIA sesedap rasa....jgn masin sgt tau..n ada rasa manis2 tu yg sedap...mcm rasa satay la..
4. Perapkan 1-2 jam....nk perap semalaman pun boleh..
5. Masakkan ayam yang diperap tu dalam periuk sehingga kering airnya...sebab bila guna blender...opkos la kena tambah air..so...kita kena la keringkan air tu dulu ye...jangan lupa kacau balikkan ayam tu..
6. Pastu baru la dipanggang sehingga ada kesan garing tu...tak perlu lama2 sebab cepat jer masak bila kita dah keringkan airnya..saya guna magic pan..2-3 minit bleh masak dah....
7. Setelah selesai semuanya...letakla dalam pinggan dan hiasla ikut suka hati....tuangkan sos diatasnya.. CIY okay... create it yourself!

*** tak cerita pasal sos gravy tu sbb guna sos lada hitam yg dalam botol jer....sodap jugo!

SELAMAT MENORAI RESEPI DI ATAS!!
Guna pinggan putih...untuk menaikkan seri makanan 
Ada 2 pinggan sebab ada yang terpaksa ikut diet Atkins nih...eh2..dah dicubit ckit tu..kacau food presentation tul la...(bajet pic ni leh masuk food magazine...ha3)



UNTUK ATKINERS....MAKANLAH DENGAN RASA CINTA TANPA RASA BERSALAH....SEKIAN!


saya dah edit ckit pos ni....ada pembetulan..

ATKINERS : CARROT@LOBAK MERAH tu tak sesuai utk FASA 1 dan 2..tinggi carb tu..
bunga kobis tu pun kena amik dlm kuantiti yg perlu disukat.. 100g bunga kobis=5g carb.
untuk sos tu...kalau bleh buat sendiri la..sbb sos dlm botol ni opkos bahannya tinggi carb..

Wednesday 26 February 2014

Jom kurus 1 Malaysia #JK1M

Assalamualaikum..

Demi melayani mata yang hampir layu ni....kita guna la jari jemari utk mencelikkan semula mata nie...kalau kome guna kekdah (kaedah) tongkat ngan batang mancis tu...buat je ler... tak kose teman haih....

Arini nak cite pasal teman dah mula berdiet......cewahhhh...
baru nk sedar diri bila baju dah merapat ke kulit yg menimbulkan lemak selulit....seluar jean saiz 28 xleh nak zip....kain baju kurung pun sama....haissshhhh...byk la yg kena lipat n simpan..
Dah tu....baju apa yg teman leh pakai ni yong???

Kome dengar sini...teman nk kabo.. ni ada tips baik punya bile jadi cenggitu...

1. pakai la baju kurung yg bleh disarung masa mengandung dah 5-6 bulan tu...mesti muat lagi...ha3
2. pakai jubah la...
3. pakai baju saiz besor ler...
4. pastu...cari la tudung yg bleh cover sisi pipi yg dah men'chubby' tu...

Nak ikut ke tips tu? hahahaha....Kalau badan dah luarbiasa dari biasa...cover camno pun, org tahu ekau dah membulat yo...eh...jd org nogori plak...maklumlah...sekarang bermastautin at Rembau Most Wanted...yo..yo..yauu...

Al-kisahnya...
Bermula hari Jumaat (21hb Feb 2014) teman telah berazam di hari penghulu segala hari....nak kuruskan badan.. Penat dah korek kat google nie...jumpalah kekdah diet yg teman rasa mampu nk buat... Diet Atkins!!!!! Yeay...masa post kt fb status pasal berat badan naik...ada membe umah teman masa kt Tganu dulu suggest diet Atkins nie...TQ kak Norlily...your proposal accepted.....hi3..

Masa tengahari lunch tu...belum mula lagi sesi diet high protein low carb nih...teman makan nasi yang digaul dengan oat+ayam masak merah...sedap ooooo....
Tapi...petang tu dah start berlari anak....ops! berlari kejor anak2..
Mana taknya....teman baru berlari 2-3 step...diorang dah pecut...huwaaaaa...nak taknak terpaksa la kuatkan larian nk kejor diorang...
huh...memang tu cara warming up teman petang tu...

Finally...dek kerana taknak urat2 dan otot nie demam terkejut....teman dapat lari dalam 2 round jer...berapa kilometer mmg tak dapat nak kira...sebab pusing dua blok bangunan bengkel kt Ikbn ni jer....pastu...anak2 ajak main kt playground plak...teman pun blasah main buai ler...nk longgarkan otot plak...bleh cenggitu??

Okay...mlm tu dinner dgn masakan ayam jer....tanpa nasi yer.....lulus dah teman sebagai Atkiners Beginner...dah byk gak menu yang dibuat sejak aritu hingga kini...nati ler teman share yer...


**Nota kaki: Berat permulaan : 66.8kg dan BMI 28






RAHSIA HIDUP


Dah petang2 macam ni...rasa nak layan jiwa la... dah lama simpan dan tak ingat dah saya copy paste dari mana...minta halal yer tuan punya...gambar jer saya tukar..



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.


             
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

                          

Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


                              

Friday 21 February 2014

Hidup perlu diuji = DUGAAN




                                                              DUGAAN HIDUP

Hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..

Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru..
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “( Adz-Dzariyat 51:56 )

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.

Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.
TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?
BUNUH DIRI ATAU SOLAT TAUBAT?
MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?

Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”(Az-Zumar 40:53)

Teringat satu ketika dulu, pabila diri dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat, waktu itu hanya air mata jadi peneman yang setia. Tak berhenti-henti tangis dari pagi sampai malam. Sehingga menyebabkan mata tak dapat dilelapkan, makanan tak dapat ditelan.
Tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk. Lalu langkah kaki diatur menuju ke surau yang berdekatan. Surau yang jarang di imarahkan. Surau yang sunyi sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya. Sejadah dibentang. Lalu solat sunat dilaksanakan. Tangan ditadahkan. Segalanya diadukan kepada-Nya. Hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya.
Air mata tumpah sekali lagi. Dan air mata itu berhenti tatkala tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung. Bila terjaga dari tidur, hati terasa lapang, tenang, kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja. Bibir sudah mampu mengukirkan senyuman. Keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi. Tatkala itu hidayah mula datang mengusik hati nurani. Diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar..

Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”

Dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa.
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu membantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
SUMBER : www.iluvislam.com/inspirasi/9627-dugaan-hidup.html