Hidup itu indah

Hidup itu indah
Ya Allah,Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Monday 25 November 2013

IQRA' - BACALAH

Dah lama tak update blog nie...
kalau rumah kena tinggal....confirm dah bersawang n naik lumut dah kot..
jeng2...mcm villa nabila kot..
tapi blog nie still wonderfull comel jer....comel jer.. nama pun blog..bukannye umah..

nk share ngan korang ni...arini nk 5s kan thumbdrive yg dah kuar warna merah (dah nk full storage le tu)
terjumpa satu artikel nie...dah lama dok bertapa dlm tu...meh saya kuarkan artikel tu...untuk di share la kan..

Taraaaaaa.... Bacalah....


Sekadarmenyampaikan.......
Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ini ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyuman kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul dihati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang'betul-betul,dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalanyang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surahAl-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,kata pakcik.

Kedua, SurahAl-Ikhlas.Surah ini, katanya,surah tauhid.

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun,kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surahAl-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betulsurah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,kata
pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu
agamamu,untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat(IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda,kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat,susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk sayasampaikan..


Iqra'.....!

Take a break........meditate...3 minutes & calm your mind...

Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang MahaEsa; 

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebaranghajat;

3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

ok...dah baca kannnnnn????
sama2 kita amalkan..
lagi satu... setiap hari selepas solat..marilah sama2 kita sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk diri sendiri, orang disisi kita, yang masih hidup dan yang telah pergi dijemput Allah...

Tapi....ada tertibnya...

Pertama - niatkan Al-fatihah itu utk Nabi Muhammad S.A.W

Kedua - niatkan Al-fatihah itu utk para sahabat Nabi Muhammad S.A.W

Ketiga - niatkan Al-fatihah itu utk DIRI SENDIRI

Keempat - niatkan Al-fatihah itu utk ANAK2

Kelima - niatkan Al-fatihah itu utk SUAMI

Keenam - niatkan Al-fatihah itu utk IBU n AYAH

Ketujuh - niatkan Al-fatihah itu utk ADIK BERADIK

dan seterusnya....untuk sesiapa yang kita hendak sedekahkan Al-fatihah itu....

Sebelum baca tu...niatkan sedekah Al-Fatihah dan berdoalah apa yang kita hajati ke atas orang yg kita sedekahkan Al-Fatihah itu..


Contoh.... Ya Allah, aku sedekahkan Al-Fatihah ini buat anak2ku Nur Qaseh Insyirah binti Talha dan Nur Qisya Adeleena Binti Talha...jadikan mereka anak yang taat dengan perintahMu dan didiklah hati mereka ke arah jalanMu..

Seterusnya...bacalah Surah Al-Fatihah..

Sekian..