Hidup itu indah

Hidup itu indah
Ya Allah,Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Tuesday 16 July 2013

Pertama kali jumpa doktor gigi

Assalamualaikum...

Masih ingatkah anda bila kali pertama jumpa doktor gigi? 
Atau....
ingat tak pengalaman jumpa dengan doktor gigi?
Errgggghhhh....ngerinya bila ingat balik....masa darjah 3 rasanye...kena cabut gigi...saya tepis jarum yang dicucuk ke gusi....nasib baik x tercucuk ke lain..kaki tangan plak dok bersilat...(sebenarnya saya takut sebab doktor gigi tu doktor berbangsa India...Dah la badan besar, ada jambang plak) ...eeee...masa tu saya kecik lagi...ntah ape2 la yg ditakutkan..

Semalam saya bawa anak2 jumpa doktor gigi untuk pertama kali..Beruntungnya si adik kerana dapat melakukan pemeriksaan seawal usianya. Si kakak dulu takde plak dicadangkan oleh nurse utk pemeriksaan awal gigi...
Saya memuji Kementerian Kesihatan kerana telah menaiktaraf mengenai kawalan rekod kesihatan anak. Cuba korang tengok buku rekod kesihatan anak-anak sekarang nie....memang la tebal berbanding dulu..tapi fungsinya sangat bagus. Ada checklist utk ibubapa ketahui perkembangan anak2 dan temujanji yang perlu dihadiri seperti temujanji dengan doktor gigi...

Anak saya Nur Qaseh Insyirah @ kakak (3 tahun 5 bulan) dan Nur Qisya Adeleena@ Adik (1 tahun 8 bulan) dapat jumpa doktor gigi semalam.. 

Sebelum sampai klinik, dalam kereta si kakak cakap kat adik..

Kakak : Adik jangan takut eh....doktor nk tgk gigi adik..
Adik : ok.
Kakak : Doktor baik...
Adik : ok...

Hmmm...adik semuanya ok.. 
Alhamdulillah....gigi kakak dalam keadaan baik tetapi 2 batang gigi adik plak telah mengalami kaviti di bahagian atas depan..Doktor cakap bleh dirawat dengan menyapu.....ape ntah..(betul2 terlupa namanya)...
Perlu dibuat sebanyak 4 kali rawatan.. 6 bulan 1 kali rawatan supaya kaviti tak merebak..
oooooo...baru tahu gigi susu pun dah ada rawatan pencegahan.

Pentingnya anak2 dapat kalsium yang cukup supaya gigi susu pun dah terjaga... Kakak memang kuat minum susu...9 oz  x 6@7 kali sehari....tapi adik...5 oz jer skali minum n 3@4 kali sehari.. Maybe sebab tu gigi si kakak sihat & cantik...

Di bawah nie sedikit info tentang penjagaan gigi anak kita....saya copy dari artikel Berita Harian.



PENJAGAAN GIGI KANAK-KANAK

                                 

Ketahui panduan menjaga kesihatan oral dengan betul 

Ketika dilahirkan, lazimnya gigi bayi sudah terbentuk walaupun masih tidak kelihatan. Gigi berkenaan akan mula keluar pada usia enam bulan, namun ada juga sesetengah bayi yang mengalami pertumbuhan gigi lebih awal dan tidak kurang juga yang agak lewat.
 
Bagi kebanyakan bayi, gigi yang mula tumbuh ialah dua gigi depan bahagian bawah, diikuti empat gigi bahagian atas. Selepas itu barulah gigi lain mulai tumbuh, lazimnya dua sekali gus di satu rahang diikuti rahang sebelahnya. Pada umumnya, setiap kanak-kanak mesti mempunyai 20 gigi susu keseluruhannya ketika mencapai usia 36 bulan. 

Begitu pun, kebiasaannya anda akan dapat melihat ruang antara gigi susu si kecil memandangkan ada perbezaan antara gigi susu dengan gigi dewasa. Ini bagi membolehkan pembentukan gigi dewasa kelak, selain memudahkan anda menggosok gigi si kecil.
 


Menjaga gigi susu 

Walaupun gigi susu akan diganti kelak, adalah wajar menjaga gigi susu seperti gigi dewasa. Ini kerana kehadiran gigi susu yang sihat:
 

  •  Membantu kanak-kanak menggigit dan mengunyah.
  • Membuatkan kanak-kanak tampak menarik. 
  • Membantu kanak-kanak bertutur dengan lancar. 
  • Membantu gigi dewasa berada pada kedudukan betul kelak. 


Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak menggunakan berus gigi apabila bayi sudah mempunyai empat gigi sekali gus, sama ada di atas atau di bawah. Pilih berus gigi lembut dengan berus nilon. Anda juga boleh menjadikan berus itu lebih lembut dengan merendamnya dalam air suam untuk beberapa minit.
 

Gunakan ubat gigi berflourida dengan saiz sebiji kacang atau bersihkan berus gigi dengan air biasa. Ingatlah, anak anda mungkin akan cuba menelan ubat gigi berkenaan. Menelan terlalu banyak ubat gigi berflourida boleh menyebabkan masalah kosmetik pada gigi dewasa kelak.
 

Pada masa sama, bersihkan gusi yang tiada gigi dengan kain lembut. Pastikan anda menggunakan flos sekali sehari apabila ada dua gigi yang tumbuh bersebelahan. Sebaiknya bincangkan masalah gigi anak anda dengan doktor gigi atau doktor paediatrik.
 

Ada ketikanya, anak anda mungkin ingin mencuba untuk menggosok sendiri giginya. Sebenarnya, tidak menjadi masalah bagi melatih si kecil anda untuk menggosok sendiri giginya, asalkan anda pastikan dia berjaya menggosok semua giginya dengan betul.
 

Kanak-kanak akan dapat menggosok gigi dengan betul ketika mereka berusia tujuh atau lapan tahun, justeru sebaiknya penting bagi anda untuk memeriksa gigi mereka setiap hari.
 


Kerosakan gigi akibat susu 

Kerosakan gigi akibat tabiat meminum susu adalah serius, tetapi boleh dicegah. Ini boleh berlaku apabila gigi terdedah kepada gula dalam karbohidrat untuk jangka masa yang lama. Karbohidrat dalam bentuk cecair seperti jus buah-buahan dan susu mulai dicerna dalam mulut untuk ditukar kepada bentuk gula.
 

Oleh itu, apabila cecair itu dibiarkan berada lama dalam mulut, bakteria akan mula memakan gula yang ada dan dalam proses itu. Bakteria berkenaan akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan gigi mengalami kerosakan.
 

Lazimnya, ini berlaku jika bayi:
 

  •  Tidur sambil minum susu, jus atau air manis. 
  • Minum air manis atau susu sebelum masuk tidur. 
  •  Diberikan puting yang dicelup dalam madu, gula atau cecair manis. 


Bagaimanapun, susu ibu tidak akan menyebabkan kerosakan gigi melainkan ia diberi bersama sumber karbohidrat. Bayi yang diberi diet campuran berisiko mengalami kerosakan gigi, namun kajian menunjukkan kerosakan gigi bukan sekadar berpunca daripada apa yang diminum, sebaliknya berapa kerap anak anda minum.
 


Panduan elak kerosakan gigi bayi:
 

  • Jangan tidurkan bayi anda dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.  
  • Ceraikan susu si kecil ketika usia 12 atau 14 bulan dengan nasihat daripada paediatrik anda. ( macam tak setuju jer ngan yg nie......nape nk ceraikan susu awal2 kalau anak nk nyusu lagi sampai 2 tahun)
  • Jangan tenangkan bayi anda untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan anda menggunakan air biasa.  
  • Jangan celup puting dengan cecair manis.
  • Jangan campur gula dalam makanan si kecil.  
  •  Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.  
  • Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh. 
  • Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan.


Pemeriksaan doktor gigi 

Menurut American Academy of Pediatric Dentistry, kanak-kanak wajar dibawa bertemu doktor gigi apabila dia meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi mengelakkan mereka mengalami kerosakan gigi pada usia muda.
 

Walaupun idea itu masih agak janggal di negara ini, amalan itu dicadangkan oleh kebanyakan pakar pergigian. Lebih satu daripada empat kanak-kanak di Amerika Syarikat didapati mempunyai kaviti ketika berusia empat tahun, dan ada yang seawal usia dua tahun.
 

Bagi mengelakkan kaviti pada usia muda, ibu bapa digalakkan memahami panduan penjagaan gigi dan pengurusan makanan yang betul untuk kanak-kanak kecil.
 

Oleh itu, apabila bertemu dengan doktor gigi, ibu bapa digalakkan mendapatkan maklumat seperti cara menjaga gigi yang betul, penggunaan betul ubat gigi berflourida, tabiat oral termasuk menghisap jari dan hubungan antara diet dan kesihatan oral.

No comments:

Post a Comment